Poland, pengimport ayam terbesar Eropah

Kelihatan seperti air terjun Niagara Falls akan tetapi berwarna kuning, beribu-ribu ekor anak ayam melata menelusuri ‘conveyor belt’ di pusat Poland. Baru berusia satu hari, haiwan tersebut kini hanya mempunyai 41 hari untuk terus hidup kerana nasib anak ayam ini telah ditentukan, di mana apabila usia mencecah dewasa, haiwan berkenaan akan disembelih dan berakhir di atas pinggan.

Walaupun kehidupan anak ayam ini ringkas, tetapi ia hidup dalam keadaan yang selesa, menurut aktivis hak asasi haiwan, yang aktif dan berpengaruh di Poland serta beberapa buah tempat di negara itu.

Bandar New York telah mengundi pada bulan lepas bagi mengharamkan penjualan foie gras, yang dihasilkan menggunakan daging itik dan angsa yang dipelihara. Pada bulan lepas, Perancis telah mengumumkan bahawa proses kuling terhadap ayam akan diharamkan menjelang akhir tahun 2021.

Namun bagi anak ayam Poland ini, perhentian seterusnya ialah di kawasan kandang berkeluasan seperti sebuah hangar. Ia boleh menempatkan sehingga 54,000 ayam – melompat-lompat – mengetuk dan menaikkan kepalanya untuk minum dari mangkuk air yang tergantung di atasnya.

“Selepas enam minggu, badan ayam akan membesar sehingga 2.7 dan 2.8 kilogram dari hanya 40 gram pada hari pertama ia ditimbang,” kata Andrzej Gontarski, ketua ladang yang terdiri daripada sedozen gudang tersebut di Kampung Kondrajec Panski. Industri ayam Poland telah melalui cabaran dan rintangan sejak beberapa dekad yang lalu.

Bagi anak ayam Poland ini, perhentian seterusnya ialah di kawasan kandang berkeluasan seperti sebuah hangar. – AFP
Berpakaian jumpsuit putih, Gontarski, memasuki kandang ayam yang besar, menyebabkan ayam bertempiaran untuk cuba melarikan diri. – AFP

Terkenal di Eropah

Kini, negara itu terkenal sebagai pengeluar dan pengeksport ayam ternama di Eropah, yang telah mengumpulkan lebih daripada satu bilion daging ayam pada tahun lalu, menurut statistik Poland – atau 10 kali lebih banyak berbanding pada tahun 2009. Ayam merupakan pilihan alami berbanding da-ging khinzir. Malah di beberapa buah negara, import ayam lebih tinggi terutama di negara-negara Islam, yang tidak membenarkan daging khinzir masuk.

Kitaran pengeluaran juga lebih pendek malah dana yang dilaburkan dapat dijana dengan begitu cepat, selepas seminggu atau lebih. Berpakaian jumpsuit putih, Gontarski, memasuki kandang ayam yang besar, menyebabkan ayam bertempiaran untuk cuba melarikan diri. Kehidupannya yang pendek akan berakhir di Kampung Ujazdowek, rumah penyembelihan – yang dimiliki oleh firma Poland Cedrob – yang menggaji sekitar 1,600 pekerja dan memproses sekitar 750,000 ayam sehari.

Berdiri atas landasan khas, ayam-ayam ini akan dibius kemudian dilumpuhkan oleh kejutan elektrik, sebelum itu, ia akan disiram dengan air bagi memudahkan proses tersebut.

Daging ayam ini akan dipotong dengan menggunakan mesin yang dilengkapi dengan jejari getah bagi mencabut bulu-bulunya. Ia kemudiannya di bawah ke bilik sejuk bagi menurunkan suhu bahan daging ayam tersebut. Satu pakej daging ayam akan disimpan dalam dua bahagian iaitu yang dibekukan atau masih lagi segar.

Di Poland, kondisi kandang ayam tersebut sering mene0rima kritikan daripada aktivis hak asasi manusia malah mereka dipanggil sebagai Monster Frankenstein, kerana melakukan amalan proses penyembelihan ayam ke tahap yang melampau.

Piotr Tarkowski, yang bertanggungjawab menjual ayam tersebut ke pasaran asing firma, Poland Agraimpex, mempercayai bahawa perundangan untuk pembiakan di Eropah dilakukan dengan berperikemanusiaan. Sebagai contoh, mereka mengurangkan bilangan ayam yang bakal disembelih dalam lingkungan satu meter persegi. – AFP