Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Poland pilih Korea, bina loji kuasa nuklear

    WARSAW, POLAND, 31 OKT – Kerajaan Poland berkata hari ini bahawa ia telah memilih Korea Selatan sebagai rakan kongsinya untuk membina loji janakuasa nuklear kedua yang sudah dirancang, keputusan yang datang beberapa hari selepas ia memilih AS dan Westinghouse untuk membina loji pertama.

    Rancangan negara Eropah tengah untuk membina dua loji tenaga nuklear adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan pembakaran arang batu dan meraih kebebasan tenaga yang lebih besar.

    Pegawai-pegawai daripada kerajaan Poland dan Korea Selatan serta syarikat tenaga telah bertemu di Seoul hari ini untuk menandatangani memorandum persefahaman untuk bekerjasama dalam pembinaan loji di Patnow di barat daya Poland, kira-kira 230 kilometer (140 batu) dari Warsaw.

    Kontrak terikat itu akan ditandatangani tahun depan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...