Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Poland tumpaskan rangkaian risikan Rusia

    WARSAW, 16 MAC – Polis perisikan Poland telah menumpaskan rangkaian perisikan Rusia, kata Menteri Pertahanan Poland hari ini.

    “Keseluruhan rangkaian telah dimusnahkan,” kata Mariusz Blaszczak kepada radio awam Poland PR1. “Ia merupakan kumpulan perisikan dengan mengumpul maklumat untuk mereka menyerang Ukraine.

    “Ancaman itu adalah nyata,” tambahnya tanpa memberikan butiran lanjut.

    Menteri Dalam Negeri Poland dijadualkan mengadakan sidang media mengenai operasi rangkaian mata-mata tersebut pada pukul 11 pagi waktu tempatan.

    Stesen radio swasta Poland, RMF, mengutip sumber tidak disebutkan namanya, melaporkan kelmarin bahawa ABW, perkhidmatan polis perisikan Poland, telah menangkap enam warga asing yang bekerja untuk perkhidmatan rahsia Rusia dan didakwa sedang bersedia untuk mensabotaj Poland.

    Suspek-suspek itu dilaporkan ditangkap selepas penemuan kamera-kamera tersembunyi, yang dipasang di laluan dan simpang penting kereta api, merekod dan menghantar data mengenai trafik.

    Menurut RMF, berpuluh-puluh peranti jenis ini dipasang, terutamanya pada bahagian kereta api yang menghala ke tenggara negara itu, termasuk berdekatan dengan lapangan terbang yang merupakan salah satu pusat pindahan utama untuk senjata dan peluru Barat yang ditujukan ke Ukraine. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...