Poland undi pilihan raya presiden

WARSAW, 12 JULAI – Poland mengundi hari ini dalam pilihan raya presiden sengit di antara calon populis yang rapat dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan liberal yang mahu memulihkan hubungan dengan Brussels.

Keputusan akan menjadi muktamad bagi masa depan kerajaan parti Undang-Undang dan Keadilan (PiS) Poland, yang dituduh oleh pengkritik menjejaskan kebebasan demokratik tiga dekad selepas kejatuhan fahaman komunis.

Presiden Andrzej Duda, disokong oleh PiS, menghadapi cabaran dari datuk bandar Warsaw, Rafal Trzaskowski dari parti pembangkang Platform Sivik (PO) dan tinjauan terbaharu menunjukkan keputusan seri di antara kedua-dua mereka.

Pengundian dijangka diadakan pada Mei – pada masa apabila Duda mengumpul mata tinggi dalam tinjauan, tetapi ditunda disebabkan pandemik koronavirus.

Sokongan Duda telah merosot sejak itu, sebahagiannya disebabkan kesan virus, yang mendorong Poland mengalami kemelesetan pertama sejak pemerintahan komunis.

Pengundian bermula pada 0500 GMT dan ditutup pada 1900 GMT, dengan tinjauan pendapat dijadualkan selepas itu dan keputusan rasmi pertama hanya dijangka keluar pada pagi esok.

Pakar mengingatkan keputusan hari ini mungkin amat sengit sehingga cabaran perundangan dan bantahan akan tercetus.

Dalam pusingan pertama pada 28 Jun, Duda mendahului dengan 43.5 peratus dan Trzaskowski di tempat ke

Datuk bandar Warsaw dan calon pembangkang parti Platform Sivik, Rafal Trzaskowski dan isteri Malgorzata Trzaskowska mengundi di Rybnik kelmarin dalam pilihan raya kedua Poland. – AFP

dua dengan 30.4 peratus. – AFP