Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Polio muncul kembali di Indonesia

PIDIE, INDONESIA, 28 NOV – Pelajar sekolah dan kanak-kanak kecil bersama ibu bapa mereka beratur hari ini untuk menerima suntikan polio di dataran bandar Sigli di hujung utara pulau Sumatera Indonesia, selepas empat kanak-kanak dijangkiti penyakit berjangkit itu.

Sedekad yang lalu, negara itu telah mengisytiharkan pembasmian penyakit berjangkit itu namun kini ia kembali semula.

Virus itu pertama kali dikesan pada seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami separa lumpuh pada Oktober lalu di wilayah Aceh dekat Sigli dan sejak itu tiga kes lain telah dikesan, mendorong imunisasi besar-besaran dan kempen maklumat.

Pegawai mengatakan kadar imunisasi polio di wilayah konservatif itu sedikit ketinggalan daripada negara lain kerana usaha pemvaksinan dihalang oleh maklumat salah.

Kempen yang bermula hari ini itu bertujuan untuk memvaksinasi kira-kira 1.2 juta kanak-kanak di wilayah itu, kata Maxi Rein Rondonuwu, ketua pengarah bagi kawalan dan pencegahan penyakit Kementerian Kesihatan.

“Tiada ubat untuk polio, satu-satunya rawatan adalah pencegahan dan alat untuk pencegahan adalah vaksinasi,” kata Rondonuwu sambil menambah bahawa kanak-kanak itu masih boleh berjalan, meskipun dalam keadaan tempang. – AP

Kakitangan perubatan memberi vaksin kepada seorang budak lelaki semasa kem-pen imunisasi polio di Pidie, Aceh, Indonesia pada 28 November. – AP
Artikel sebelum iniMauna Loa mula meletus
Artikel seterusnyaDuke bawa Australia ke depan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -