Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Polis AS abaikan tugas, main Pokemon Go

    LOS ANGELES, 11 JAN – Dua pegawai polis AS yang bermain Pokemon dan bukannya bertindak balas terhadap rompakan telah dipecat.

    Louis Lozano dan Eric Mitchell menyusuri kawasan jalan mencari makhluk yang hebat dalam permainan telefon pintar realiti tambahan, dokumen menunjukkan, menangkap Snorlax yang agak jarang ditemukan serta Togetic yang sukar dijerat – tetapi tiada penjenayah.

    Rakaman dalam kereta merakamkan perbualan mereka mendedahkan bahawa mereka telah mendengar panggilan untuk mendapatkan bantuan di gedung membeli-belah Los Angeles, tetapi sebaliknya memutuskan untuk tidak mengendahkannya.

    “Pegawai Mitchell memaklumkan Lozano bahawa ‘Snorlax baru muncul’,” menurut kenyataan dokumen undang-undang yang berkaitan dengan pemecatan mereka.

    “Selama kira-kira 20 minit seterusnya, (rakaman) menangkap perbualan mereka membincangkan Pokemon semasa mereka memandu ke lokasi berbeza di mana makhluk maya itu nampaknya muncul pada telefon bimbit mereka.”

    Pegawai polis Los Angeles tersebut menyambar Snorlax dan kemudian mengalihkan perhatian mereka kepada Togetic – yang terbukti agak sukar untuk ditundukkan.

    Kedua-dua individu itu didakwa atas pelbagai pertuduhan salah laku dan mengaku gagal bertindak balas terhadap panggilan rompakan semasa kejadian pada April 2017, tetapi menafikan mereka bermain Pokemon Go.

    Mereka menegaskan dalam perbicaraan tatatertib bahawa mereka hanya membincangkan permainan itu dan mencabar pemecatan bandar Los Angeles.

    Mahkamah rayuan California, bagaimanapun, tidak mempercayai penjelasan mereka dan mengekalkan pemecatan mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...