SYDNEY, 13 Jan – Quokka yang lari dari pulau tempat kelahirannya di pantai barat Australia dengan menaiki baj sampah, berada dalam bahaya dengan pihak polis mengeluarkan rayuan supaya menyelamatkan binatang mamalia yang ‘comel’ itu.
Pihak berkuasa bimbang akan keselamatan haiwan kecil itu yang bernama Steve, kali terakhir dilihat pada 4 Januari melarikan diri dari tong sampah di tanah besar yang mana ia disangka tikus besar, lapor media tempatan.
“Steve disifatkan sebagai kecil, comel dan berbulu. Ia mungkin menggunakan kecomelannya untuk menipu manusia yang tidak menyangka hingga memberinya makan,” polis Barat Australia menyatakan di halaman Facebook.

Beberapa ekor quokka dikatakan wujud di tanah besar Australia yang mana mereka terdedah kepada pemangsa seperti musang dan lalu lintas.
Mereka dianggap spesies yang mudah terancam dan terutamanya ditemui di pulau Rottnest, kira-kira 19 kilometer dari Perth, tempat mereka menerima perlindungan yang lebih baik.
“Sama dengan semua yang lari, Steve tidak boleh dihampiri kerana ia mungkin bertindak dalam cara yang tidak diduga,” tambah kenyataan polis itu lagi, yang menggesa sesiapa saja yang terlihat Steve supaya menghubungi pihak berkuasa hidupan liar. – AFP