Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Polis Australia rampas 300kg dadah

    SYDNEY, 24 MEI – Polis Australia merampas lebih 300 kilogram methamphetamine yang disembunyikan dalam jentera keluli yang tiba di Sydney dari Mexico, kata pihak berkuasa Australia hari ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Dadah yang juga dikenali sebagai meth atau syabu ditemukan dalam 79 blok berbentuk bulatan yang tersembunyi dalam mesin penekan hidraulik keluli yang tiba di Sydney dengan kapal pada 18 April, menurut kenyataan bersama Polis Persekutuan Australia (AFP) dan Pasukan Sempadan Australia (ABF).

    Nilai syabu itu dianggarkan lebih daripada AS$180 juta menurut polis. – Bernama

    Polis Australia menemui syabu yang disembunyi dalam jentera di pelabuhan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -