Sunday, January 29, 2023
23 C
Brunei

-

Polis Australia rampas dadah dan wang AS$1 juta

SYDNEY, 9 JAN – Polis New South Wales (NSW) di Australia mendakwa empat lelaki selepas merampas lebih 5kg kokain dan metilamfetamin serta wang tunai 1.5 juta dolar Australia (kira-kira AS$1.03 juta) di Sydney, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan hari ini, Polis NSW berkata pasukan itu menahan sebuah kereta sedan di Strathfield, pinggir bandar barat Sydney pada kira-kira pukul 3:40 petang waktu tempatan kelmarin dan menemui wang tunai dan dadah itu selepas menyiasat kereta yang dinaiki dua orang lelaki berusia 23 dan 28 tahun itu, 

Polis turut menemui kira-kira 2.3 kg kokain dan wang tunai kira-kira AS$16,562 selain menemui 550g kokain dan 140g MDMA dari sebuah kereta hatchback berdekatan.

Susulan itu, penyiasat menemui dan merampas wang tunai 1.5 juta dolar Australia, 2kg metilamfetamin, 2 liter minyak metilamfetamin, hampir 700g kokain serta ganja dan steroid.

Tiga buah kenderaan, dua buah mesin tekanan hidraulik, dua jaket balistik, senjata api dan peluru, pelbagai lesen memandu dan barangan lain yang konsisten dengan pembuatan dadah terlarang, turut ditemui di lokasi. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -