Polis Australia seksa binatang disiasat

SYDNEY, 3 OKT – Seorang pegawai polis Australia sedang disiasat selepas video dalam talian tular menunjukkan dia melontar seekor Wombat dengan batu hingga mati, kata polis hari ini.

Video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju mengejar Wombat yang bergerak perlahan, membalingnya dengan batu sementara seorang lagi lelaki membuat rakaman waktu malam itu dari sebuah kereta sambil memberikan dorongan.

Selepas memberikan tanda bagus, lelaki pertama menyerang marsupial itu sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ia berhenti bergerak. Lelaki itu mengangkat tangannya sementara pemandu menjawab sambil ketawa.

Wombat adalah marsupial nokturnal yang tinggal di dalam lubang tanah. Haiwan ini adalah spesies terlindung di seluruh Australia.

Penyiar kebangsaan ABC melaporkan pesuruhjaya polis Australia Selatan Grant Stevens mengesahkan lelaki itu adalah seorang pegawai polis dan perkara itu akan ditangani secara dalaman, dengan kemungkinan kesalahan jenayah juga disiasat. Polis selatan Australia berkata mereka menyedari video yang beredar di media sosial itu menunjukkan seorang lelaki menyebabkan kecederaan pada Wombat. – AFP