Polis bebas 3 selepas serbuan antipengganas

BRUSSELS, 15 Jan – Polis Belgium telah membebaskan tiga orang yang ditahan semalaman berikutan serbuan antipengganas lewat kelmarin di tengah Brussels, kata pendakwa tempatan.

Polis melancarkan empat serbuan di daerah Molenbeek, rumah kepada beberapa dalang serangan jihad di Paris dan Brussels, namun tidak menemui apa-apa, menurut pejabat pendakwa Brussels.

“Tiga lelaki telah ditangkap dan disoal siasat semalam…mereka dibebaskan sejurus selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Laporan media menunjukkan polis bersenjata telah menetapkan perimeter keselamatan semasa operasi tersebut.

Kawasan Molenbeek terkenal sebagai kawasan beberapa orang yang menyertai serangan November 2015 yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Islamic State (IS) di Paris dan pengeboman bunuh diri di lapangan terbang Brussels dan metro pada Mac 2016.

Pihak berkuasa meningkatkan langkah keselamatan selepas pembunuhan itu dengan serbuan polis kadangkala diadakan dengan beberapa penangkapan serta penyiasatan terus dilakukan. – AFP