Polis: beberapa ‘kes tikaman’ di Birmingham

BIRMINGHAM, 6 SEPT – Pihak polis Britain hari ini mengumumkan satu ‘insiden besar’ selepas beberapa orang telah ditikam di tengah-tengah bandar kedua terbesar, Birmingham.

Keganasan berlaku kira-kira 12:30 pagi di dan sekitar Pusat Arakian, sebuah tempat terkenal yang dipenuhi dengan restoran, kelab malam dan bar.

Polis West Midlands mengesahkan ‘beberapa’ kes tikaman tetapi tiada informasi dan laporan bahawa tembakan telah dilepaskan. Tiada sebarang butiran mengenai kerosakan dimaklumkan.

Insiden terjadi selepas beberapa kes tikaman sebelumnya, termasuk satu di bandar Glasgow, Scotland pada 26 Jun, di mana enam orang mengalami kecederaan, termasuk seorang anggota polis.

Seorang lelaki telah didakwa atas tuduhan membunuh selepas tiga orang terbunuh di sebuah taman di Reading, barat London, minggu sebelumnya dalam serangan yang disiasat oleh polis mencegah keganasan.

Pihak polis menutup kawasan di bandar Birmingham selepas mengesahkan beberapa insiden tikaman berlaku.- AP

Britain telah mengeluarkan amaran tinggi selepas dua kejadian tikam-menikam di London tahun lalu, yang mana kedua-duanya – disabitkan kesalahan ekstremis dibebaskan dari penjara – ditembak mati oleh pihak bersenjata.

Jenayah menggunakan pisau di England dan Wales meningkat enam peratus pada hujung tahun akhir Mac, menurut Pejabat Statistik Nasional.

Birmingham, salah sebuah bandar di Britain yang mempunyai kepelbagaian etnik dengan penduduk lebih dari satu juta orang, telah mengakibatkan peningkatan keganasan berkumpulan sebelum ini.

Pada Januari 2003, sekumpulan geng telah melepaskan tembakan dengan senjata semi automatik yang diharamkan ke atas kumpulan bermusuh. Dua orang remaja perempuan yang berdiri di tempat berjalan kaki telah terbunuh dalam serangan berdarah.

Shabana Mohammod, yang mewakili parti pembangkang Parti Buruh dalam parlimen UK menyifatkan kejadian itu sebagai ‘sangat membimbangkan’.

Yvonne Mosquito, yang turut dari Parti Buruh, berkata keganasan ‘mengerikan’ kepada semua yang terlibat.

Mosquito, bekas datuk bandar, memuji pihak polis kerana berjaya mengawal keganasan ‘antara golongan berkulit hitam’ di bandar Birmingham pada awal 20an.- AFP