Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Polis biarkan seorang lelaki gelandangan lemas

    WASHINGTON, 7 JUN – Seorang lelaki gelandangan mati lemas di negeri Arizona, sementara tiga pegawai polis hanya melihat kejadian itu, menurut video dan transkrip yang dikeluarkan kepada orang ramai kelmarin.

    Pegawai-pegawai itu telah digantung tugas sementara menunggu keputusan beberapa penyiasatan mengenai kejadian tersebut, menurut kenyataan penduduk bandar Tempe.

    Pada 28 Mei lalu, polis bertindak balas terhadap gangguan yang dilaporkan antara lelaki itu, Sean Bickings, 34 tahun, dan pasangannya yang berada berhampiran tasik buatan, kata kenyataan berkenaan.

    Rakaman video yang dikeluarkan oleh bandar itu menunjukkan pegawai bercakap dengan pasangannya, kemudian Bickings, yang selepas beberapa minit, memanjat pagar dan perlahan-lahan berenang memasuki tasik.

    Pegawai memberitahu kepada Bickings bahawa berenang di tasik adalah tidak dibenarkan, tetapi dia terus berenang keluar menuju di bawah jambatan pejalan kaki.

    Video itu kemudiannya dimatikan, dengan penduduk bandar mendakwa baki rakaman adalah terlalu sensitif dan sebaliknya menawarkan transkrip audio.

    Menurut transkrip, pegawai berkenaan sekali lagi menyuruh lelaki gelandangan itu berenang.

    Salah seorang daripada pegawai polis itu kemudiannya menyatakan bahawa Bickings belum muncul selepas kira-kira 30 saat. Tidak lama kemudian, mayat Bickings ditemui semula. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...