Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Brunei berkas penjenayah Korea

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Tindakan pantas penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa kawalan sempadan negara ini telah berjaya memberkas seorang lelaki warga Korea Selatan yang melarikan diri atas kesalahan jenayah yang dilakukan di negara asalnya.

    Yuh Minsuk disyaki melakukan kesalahan penipuan di bawah Artikel 347 Kanun Jenayah Republik Korea.

    Tertuduh ditemui cuba melarikan diri daripada bidang kuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada petang 19 Ogos 2017 susulan daripada amaran yang dikeluarkan oleh pegawai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Brunei apabila nama tertuduh disenaraikan sebagai ‘orang yang dihentikan’ atas permintaan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) berikutan dengan ‘notis merah’ yang dikeluarkan oleh INTERPOL dan digunakan oleh Polis Negara Korea ke atas nama tertuduh.

    Tertuduh ditangkap anggota PDB selepas tidak dibenarkan menaiki penerbangannya.

    Dengan penangkapan tertuduh, pegawai-pegawai dari Bantuan Perundangan Bersama dan Sekretariat Ekstradisi Jabatan Peguam Negara, Timbalan Pendakwa Raya, Karen Tan dan Dayangku Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof telah menggunakan peruntukan di bawah Perintah Ekstradisi Negara Brunei Darussalam 2006, untuk membuat permohonan waran tangkap sementara di hadapan Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain untuk tertuduh ditahan reman selama 60 hari sementara menunggu permintaan ekstradisi rasmi dari Republik Korea.

    Tertuduh akan ditahan reman di Penjara Jerudong sementara sebutan seterusnya pada 18 Oktober.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda