Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Polis bunuh 4 rakan sekerja

    SAO PAULO, 15 MEI – Seorang inspektor polis Brazil menembak dan membunuh empat rakan sekerja semalam di balai tempat mereka bekerja, menurut jabatan itu.

    Insiden itu berlaku awal pagi semalam di sebuah balai Polis Awam di bandar Camocim, di negeri timur laut Ceara, kata pasukan itu dalam catatan Instagram.

    Suspek penembak, yang tidak bertugas pada masa itu, melarikan diri dengan kenderaan polis kemudian menyerah diri di balai Polis Tentera, seorang pegawai keselamatan tempatan memberitahu saluran berita G1.

    Situasi termasuk sebarang motif yang berpotensi masih dalam siasatan. Datuk Bandar Camocim mengisytiharkan tiga hari berkabung bagi mengenang mangsa. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -