Polis buru dua suspek insiden tembakan

WASHINGTON, 7 OKT – Polis masih memburu dua suspek insiden tembakan kelmarin di sebuah bar di Kansas City, membunuh empat orang dan mencederakan lima yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap Jabatan Polis Kansas City, Thomas Tomasic, berkata pihak polis sedang meneliti video kamera litar tertutup milik bar Tequila KC selain menemubual beberapa saksi.

Bar itu terletak di Central Avenue di pusat bandar raya.

Sekurang-kurangnya dua daripada lima mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan kini dirawat di hospital, menurut Tomasic. – Bernama