Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Polis buru lelaki baling bom berhampiran kediaman PM Thailand

    BANGKOK, 11 APRIL – Pihak polis sedang memburu dua lelaki yang melemparkan dua bom buatan sendiri dekat pintu masuk kediaman Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha di Bangkok pada malam kelmarin.

    Insiden itu mengakibatkan letupan kecil, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

    Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana dalam satu kenyataan berkata dua bom ping pong dilemparkan ke perkarangan pondok keselamatan di pintu masuk Rejimen Infantri Pertama di Jalan Vibhavi Rangsit, Bangkok.

    Perdana menteri setakat ini belum memberikan sebarang komen dan arahan khusus berhubung kejadian itu.

    “Rakaman CCTV menunjukkan dua lelaki menunggang motosikal menuju ke pintu pagar hadapan Rejimen Infantri 1 dan pembonceng bertindak melemparkan bom ping pong di depan pondok keselamatan,” katanya.

    Laporan polis telah dibuat susulan kejadian itu.

    “Polis sedang mengenal pasti dan memburu pelakunya,” katanya.

    Perdana Menteri menggesa polis menyiasat insiden itu mengikut prosedur operasi standard, menurut Thanakorn.

    Prayut akan terus menjalankan tugas di kediamannya ketika cuti panjang Songkran minggu ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...