Polis buru perompak tisu tandas

HONG KONG, 17 FEB – Polis Hong Kong memburu perompak bersenjata yang melarikan ratusan gulungan tisu tandas di Mongkok, hari ini.

Bekalan produk itu kini berkurangan selepas pengguna membuat pembelian panik akibat koronavirus baharu (Covid-19). Tisu tandas menjadi antara barangan paling dikehendaki meskipun pihak berkuasa sudah memberi jaminan bahawa bekalan barangan itu tidak terjejas oleh wabak virus.

Pasar raya kini meningkatkan stok produk itu, namun barangan itu cepat habis. Selain tisu tandas, kekurangan turut dikesan pada beras dan pasta di samping pembersih tangan dan produk pencuci lain.

Polis berkata, pada kejadian awal pagi itu, tiga lelaki menahan sebuah lori di luar pasar raya yang pemandunya mendakwa mereka bersenjatakan pisau dan melarikan tisu tandas bernilai lebih HK$1,000,” katanya. – AFP.