Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis cari harimau yang dicuri

    MEXICO CITY, 29 MAC – Mexico Utara semakin mempunyai tabiat menyukai haiwan eksotik sehingga orang ramai bukan sahaja menjadikan harimau sebagai haiwan peliharaan, malah mencurinya.

    Pendakwa raya di negeri Sonora di utara berkata kelmarin mereka sedang mencari harimau Bengal dewasa bernama Baluma. Mereka berkata harimau jantan berusia 5 tahun itu dicuri pada Isnin dari sebuah rumah di ibu negeri, Hermosillo.

    Mereka berkata pemilik mempunyai kertas kerja yang diperlukan untuk memelihara haiwan itu.

    Pendakwa raya mengedarkan gambar kucing besar itu berehat di sangkarnya bersama seekor anjing, dengan harapan penduduk akan menelefon polis jika mereka terlihat harimau itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda