Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Polis cekup 56 pengganas Rohingya

    COX’S BAZAR, BANGLADESH, 30 OKT – Polis elit Bangladesh melancarkan tindakan keras terhadap suspek jenayah dan pemberontak selepas kejadian serangan meningkat ke atas pemimpin-pemimpin komuniti Rohingya di kem pelarian, menurut pegawai hari ini.

    Batalion Polis Bersenjata, ditugaskan mengawal keselamatan di 34 buah kem pelarian yang menempatkan hampir sejuta orang pelarian Rohingya, berkata mereka telah menahan sekurang-kurangnya 56 orang Rohingya sejak Jumaat malam.

    Kira-kira 740,000 orang pelarian Rohingya melarikan diri daripada keganasan tentera di Myanmar pada 2017 dan lebih 200,000 orang sudah berada di kem pelarian di tenggara daerah Cox’s Bazar, Bangladesh.

    Polis berkata keselamatan di khemah-khemah semakin merosot secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan dengan sekurang-kurangnya 15 orang Rohingya – lebih separuh daripadanya ketua komuniti – ditetak hingga mati atau ditembak oleh musuh.

    “Kami melancarkan ‘Operasi Root Out’ pada Jumaat dan berjaya menahan 56 orang Rohingya termasuk 24 orang yang terlibat dalam pembunuhan tujuh orang ketua komuniti bulan ini,” kata jurucakap polis, Farouk Ahmed kepada AFP.

    “Mereka adalah pengganas. Kami akan terus berusaha menghapuskan pengganas yang mengganggu keselamatan dan keamanan di kem tersebut,” tambahnya. Pasukan keselamatan Bangladesh sering menggelar kumpulan pemberontak aktif di kem tersebut sebagai pengganas.

    Pegawai kanan polis berkata Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (ARSA), kumpulan pemberontak yang melawan tentera Myanmar di Rakhine, merupakan dalang dalam kebanyakan pembunuhan.

    “Mereka bertanggungjawab atas pembunuhan tujuh orang ketua komuniti di kem itu,” katanya, yang namanya tidak didedahkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...