Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Polis China, Kemboja rampas 350kg methamphetamine

GUANGZHOU, 16 JUN – Polis China dan Kemboja menumpaskan kes penyeludupan dadah rentas sempadan berskala besar, menangkap 49 suspek dan merampas 350kg dadah methamphetamine.

Menurut pengumuman daripada jabatan keselamatan awam Wilayah Guangdong, selatan China hari ini, polis Guangzhou menyedari geng penyeludupan dadah rentas sempadan itu pada Oktober 2020.

Satu siasatan mendapati geng itu merancang untuk beroperasi di banyak tempat di China dan Kemboja.

Pada 24 Disember 2021, polis di China dan Kemboja menjalankan operasi serentak. Lima dalang utama dan 15 yang lain telah ditangkap manakala 350kg methamphetamine telah dirampas di sebuah vila dan kasino tempatan di Phnom Penh, Kemboja, sementara 29 suspek lagi ditangkap di beberapa bandar China. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -