SPRINGFIELD, MISSOURI, 15 SEPT – Melintasi taman bandar yang gelap, seekor lemur berjaya melarikan diri daripada pegawai polis yang hanya bersenjatakan tuala besar.
Video bodycam menunjukkan percubaan kedua-dua pegawai itu untuk menangkap haiwan primat kecil yang pantas itu, yang membuat pecutan untuk melarikan diri pada Selasa lalu di Springfield, Missouri.
“Kami melihat ekornya,” kata seorang pegawai sambil ketawa lalu cuba mendekatinya.
Tidak mudah menyerah, lemur itu mengembangkan ekor khususnya yang berjalur hitam-putih dan melarikan diri. Ia memecut dan menyusuri tempat letak kereta, kaki lima, melintasi rumput dan di sekeliling pokok.
Akhirnya pegawai itu mencampakkan tuala ke tanah, namun lemur itu terlepas dan berjaya melarikan diri. – AP
