CHICAGO, 24 Sept – Seorang anggota polis wanita Texas yang menembak mati seorang lelaki berkulit hitam di apartmen mangsa itu sendiri selepas mendakwa dia fikir apartmen itu miliknya, telah dipecat hari ini kerana ‘berkelakuan teruk’, menurut Jabatan Polis Dallas.
Insiden penembakan itu mencetuskan protes dan menimbulkan kontroversi mengenai kekejaman polis yang dibelenggu dengan kekejaman perkauman yang melanda Amerika Syarikat (AS). Ketua Polis U. Renee Hall menamatkan kerja pegawai Amber Guyger semasa pendengaran pentadbiran dilakukan.
Guyger, 30 tahun, didakwa telah melakukan pembunuhan ke atas Botham Shem Jean, 26 tahun, pendatang dari Saint Lucia, Caribbean.
“Penyiasatan Hal Ehwal Dalam Negeri membuat kesimpulan bahawa, (Guyger) terlibat dalam kelakuan teruk ketika dia ditangkap kerana pembunuhan,” kata jabatan itu. “Pegawai Guyger telah dipecat atas tindakannya.”Guyger memberitahu penyiasat bahawa dia tersilap memasuki apartmen Jean, yang tinggal di tingkat atas apartmennya, ketika dia pulang dari kerja pada petang 9 September lalu.
Dia melepaskan dua tembakan selepas meliat sosok lelaki itu yang tidak memberikan respons terhadap arahannya, kata polis. – AFP