HELSINKI, 4 OKT – Polis Finland membongkar satu pertubuhan jenayah antarabangsa yang membabitkan rakyat dari 10 negara dan disyaki membekalkan dadah ke negara itu, kata badan penguatkuasa undang-undang hari ini.
“Jabatan Polis Helsinki dan Polis Jenayah Pusat, telah membongkar sindiket pengedaran dadah yang melibatkan sebuah organisasi antarabangsa yang disyaki mengedar ratusan kilogram dadah ke Finland,” menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.
Polis berjaya merampas lebih 100 kilogram dadah, 230,000 pil narkotik dan lebih AS$209,158 wang tunai.
Selain itu, sejumlah dadah dan senjata api berjaya di rampas di Sweden berdasarkan maklumat yang di kumpul.
Seramai 30 suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. – Bernama
