KOTA KINABALU, 16 Jan – Polis Sabah menggagalkan aktiviti perjudian haram yang baru memulakan operasi di Penampang dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata sepasukan polis dari JSJ Negeri bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Penampang menyerbu premis perjudian itu setelah memulakan aktiviti haram itu petang semalam.
“Kejayaan ini susulan intipan polis ke atas kerja pengubahsuaian yang mencurigakan terhadap tiga unit rumah kedai di Jalan Bundusan, Penampang sejak lebih sebulan lalu dan polis terus memantau premis itu,” katanya pada siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang dekat sini hari ini. – Bernama
































