Polis gesa parti bertanding patuhi SOP

SIBU, 11 NOV – Semua parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan COVID-19.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana parti politik yang melanggar SOP itu, khasnya berkaitan aktiviti kempen secara fizikal yang melibatkan hadirin yang ramai.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengeluarkan sebarang SOP khusus untuk PRN Sarawak, namun beliau percaya ia tidak jauh beza dengan SOP bagi PRN Melaka, dan menurutnya SOP yang dikeluarkan itu nanti akan dapat membantu polis dalam aspek pemantauan perjalanan PRN Sarawak. – Bernama