Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

Polis guna peluru getah, gas pemedih mata di Bangkok

-

BANGKOK, 11 OGOS – Polis Thailand menembak peluru getah ke arah penunjuk perasaan buat hari kedua berturut-turut hari ini ketika penunjuk perasaan membantah kerajaan dan cara pengendaliannya menangani krisis koronavirus.

Penunjuk perasaan di Bangkok melanggar larangan perhimpunan awam ketika Thailand berusaha menghentikan wabak virus terburuknya setakat ini, dengan lebih 21,000 kes baharu diumumkan hari ini.

Program vaksinasi COVID-19 yang perlahan dan kesengsaraan ekonomi ekoran sekatan telah mencetuskan kemarahan awam terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha.

Kira-kira 150 pembantah berhimpun di persimpangan utama di Victory Monument, Bangkok petang ini, berhasrat untuk berarak ke kediaman Prayut.

Mereka kemudian disuraikan oleh polis rusuhan dan menangkap dua penunjuk perasaan.

Bantahan sebelumnya telah membakar patung hakim Thailand yang tidak membenarkan ikat jamin ke atas seorang tahanan politik. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -