Polis HK serbu muzium Tiananmen

HONG KONG, 9 SEPT – Polis Hong Kong hari ini menyerbu sebuah muzium yang menempatkan pameran memperingati tindakan keras membawa maut Beijing ke atas Dataran Tiananmen dalam 1989, sehari selepas mereka memberkas empat ahli kumpulan yang menguruskannya.

Serbuan berlaku ketika polis menuduh seorang daripada empat yang ditangkap – seorang barrister terkenal, Chow Hang-tung, naib pengerusi wanita kumpulan itu – atas hasutan subversif, menurut peguam dan sanak saudara Chow.

Pegawai dari keselamatan nasional yang baru ditubuhkan, kelihatan memunggah dokumen dan pameran dari muzium dikenali sebagai Muzium June 4 dan dijalankan oleh Pakatan Hong Kong.

Barangan dirampas termasuklah logo gergasi muzium, model kertas Dewi Demokrasi – satu simbol gerakan pelajar pro-demokrasi 1989 di Beijing – dan gambar acara berjaga malam Hong Kong memperingati mangsa Tiananmen dan banyak lagi kotak-kotak barangan lain. – AFP

Pegawai polis dari Jabatan Keselamatan Nasional memunggah gambar yang menunjukkan acara berjaga malam tahunan selepas serbuan ke atas Muzium June 4. – AFP