Polis India buru penyebar ‘berita palsu’

NEW DELHI, 7 NOV – Polis India memburu pemilik kira-kira 100 akaun media sosial yang didakwa menyebarkan ‘berita palsu’ selepas serangan berkumpulan ke atas masjid di timur laut negara tersebut.

Keganasan di negeri Tripura bulan lalu mencetuskan perhimpunan ratusan pengikut kumpulan nasionalis Hindu berhaluan kanan.

Insiden itu dilihat sebagai serangan balas dendam yang dicetuskan oleh pembunuhan beberapa orang penganut Hindu di sepanjang sempadan Bangladesh.

Kira-kira empat buah masjid dirosakkan dan beberapa buah kediaman dan perniagaan yang dimiliki oleh penduduk Muslim diselongkar.

Menurut pihak polis, orang ramai menyasarkan untuk mencetuskan keganasan seterusnya berkongsi gambar mengelirukan di media sosial selepas insiden itu.

“Akaun dikenal pasti menyebarkan berita, video dan gambar palsu di mana ia tidak mempunyai kaitan dengan Tripura,” menurut pegawai kanan polis memberitahu AFP hari ini.

“Ia masih terlalu awal namun mereka akan dikenal pasti dan ditahan atas kesalahan tersebut.” – AFP