Polis India dakwa eksekutif Amazon jual dadah online

NEW DELHI, 21 NOV – Polis India telah mendakwa seorang eksekutif dari cawangan tempatan Amazon berhubung dakwaan portal online runcit Amerika Syarikat itu telah digunakan untuk menyeludup dan menjual marijuana.

Dua lelaki telah ditangkap minggu lalu bersama 21kg dadah tersebut di tengah negeri Madhya Pradesh dan memberitahu pegawai, mereka menggunakan platform India,

Amazon untuk menghantar barangan mereka ke tempat-tempat lain di negara itu.

Mereka mengaku menghantar tanaman mereka secara palsu dengan memasarkannya sebagai daun stevia, tumbuhan pemanis asli, menurut laporan polis yang disaksikan oleh AFP hari ini.

Eksekutif-eksekutif dari unit Amazon India telah terbabit dalam dakwaan itu kerana percanggahan antara bukti yang didapati dalam siasatan polis dan respons yang diterima oleh firma, menurut laporan itu.

Sama ada polis mahupun Amazon tidak memberi sebarang petanda berapa ramai pekerja yang berdepan dengan dakwaan itu.

Amazon berkata ia sedang menyiasat kes itu dan menjamin kerjasama penuh bersama polis dalam kenyataan hari ini kepada AFP.

“Kami tidak membenarkan penjualan dan penyenaraian produk-produk yang dilarang di bawah undang-undang untuk dijual di India,” kata jurucakap syarikat itu. – AFP