Polis India dituduh perkosa mangsa rogol

NEW DELHI, 5 MEI – Seorang pegawai polis India telah ditangkap selepas dituduh memperkosa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang ketika itu mahu membuat laporan dia dirogol secara berkumpulan.

Perbuatan keji itu mencetuskan kemarahan di negara yang ‘terkenal’ dengan serangan seksual, pencabulan dan rogol terhadap wanita.

Budak perempuan yang juga daripada komuniti Dalit India, menderita akibat keganasan di tangan orang yang berkasta tinggi yang hanya mendapat bantuan kecil daripada polis.

Menurut ayahnya, dia telah dirogol oleh empat lelaki bulan lalu selama beberapa hari.

Namun apabila dia cuba membuat aduan minggu lalu, pegawai balai merogolnya, menurut sebuah NGO yang kini memberikannya kaunseling.

Polis berkata pegawai tersebut telah ditangkap kelmarin bersama empat yang lain serta ibu saudara budak perempuan itu, yang dilaporkan berada di dalam bilik balai ketika dia diserang. – AFP