Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Polis India lancar serbuan ke atas wartawan, aktivis

    NEW DELHI, 3 OKT – Polis India menyerbu kediaman sekurang-kurangnya lapan wartawan dan aktivis hari ini, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan, sekali gus meningkatkan kebimbangan berhubung tindakan keras di negara di mana kebebasan media semakin terjejas.

    Mereka yang diserbu dilaporkan mempunyai hubungan dengan laman sesawang berita berbahasa Inggeris, NewsClick, dengan pihak berkuasa India mengambil tindakan pada 2021 yang mendakwa organisasi tersebut menerima pembiayaan asing.

    The New York Times pada bulan Ogos melaporkan bahawa NewsClick dibiayai oleh jutawan Amerika Syarikat (AS), Neville Roy Singham, yang dikatakan menyemarakkan liputannya dengan pandangan kerajaan China tuduhan yang ditolak oleh Singham.

    Wartawan NewsClick, Aritry Das berkata bahawa polis ‘masuk ke rumah saya’ pada waktu subuh, menyoal mengenai liputannya dan merampas komputer riba, telefon dan cakera keras komputernya, katanya di media sosial.

    Mumbai Press Club menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap serbuan itu dalam satu kenyataan, melaporkan bahawa ‘ramai wartawan yang berkaitan dengan NewsClick telah menjadi sasaran serbuan’.

    Mereka menuntut polis untuk berhenti‘ daripada apa yang dilihat sebagai kempen gangguan yang disasarkan terhadap wartawan ini’, tambahnya. Turut diserbu berkaitan NewsClick adalah ahli sejarah dan aktivis, Sohail Hashmi.

    “Daripada waran yang mereka enggan tunjukkan kepada saya, serbuan di kediaman saya adalah berkaitan dengan siasatan terhadap NewsClick,” kata Hashmi kepada pemberita. – AFP

    Seorang anggota keselamatan berkawal di pintu pagar bangunan yang menempatkan pejabat BBC di New Delhi, India, pada 15 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...