NEW DELHI, 26 Okt – Badan Pengampunan Antarabangsa hari ini telah menuduh kerajaan India cuba untuk menakut-nakutkan di kalangan kumpulan hak asasi manusia selepas pihak polis menyerbu salah sebuah pejabatnya atas tuduhan melanggar peraturan dana asing.
Para penyiasat Direktorat Penguatkuasaan menyerbu pejabat pengampunan di selatan bandar Bangalore untuk tempoh beberapa jam kelmarin. Tindakan yang sama dilakukan ke atas kumpulan alam sekitar, Greenpeace.
Direktorat tersebut yang juga menyiasat jenayah kewangan, berkata pemerhati hak asasi antarabangsa disyaki menyalurkan AS$4.8 juta ke dalam negara itu dan melanggar peraturan dana.
Pegawai direktorat mengesahkan serbuan itu dan berkata, badan pegampunan itu telah melanggar undang-undang dengan mengapungkan entiti komersial dengan membawa masuk duit dari luar.
Badan pengampunan itu mengakui bahawa ia adalah ‘mematuhi’ peraturan kerajaan menurut kenyataan dalam Twitter dan menyelar apa yang dipanggilnya sebagai ‘langkah yang mengganggu’ bagi tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.
“Ia adalah jelas bahawa pihak kerajaan mahu menimbulkan ketakutan dalam kalangan organisasi-organisasi awam,” kata badan pengampunan yang beribu pejabat di London.
Sementara itu, jurucakap Badan Pengampunan India, Smriti Singh memberitahu AFP, kumpulan itu tidak tahu mengenai barang-barang dirampas tetapi ia adalah satu penilaian.
Badan pengampunan secara lantang telah mengkritik layanan kerajaan India berhaluan kanan terhadap minoriti dan menyalahgunakan zon konflik seperti pertikaian Kashmir dan kempen terhadap militan Maoist di tengah India. – AFP
