MUMBAI, 10 April – Polis India telah menahan dalang sindiket berjumlah berjuta dolar di mana pemanggil menyamar sebagai pegawai AS memperdaya warga Amerika untuk membayar bil cukai palsu, kata pegawai.
Sagar Thakkar, 24, memperoleh lebih daripada 10 juta rupee sehari pada kemuncak komplot, yang beroperasi hampir setahun sebelum ia terbongkar pada Oktober lalu, kata polis.
Thakkar dituduh menghubungi mangsa di Amerika Syarikat dan menghamun mereka kerana tidak membayar bil cukai palsu,mengugut mereka dengan hukuman penjara jika mereka tidak membayar dengan serta merta.
Dia melarikan diri ke Dubai selepas komplot terdedah namun ditahan pada awal Sabtu apabila dia pulang ke India di mana dia merancang memulihkan operasinya, kata polis.
“Dia telah mengaku kesalahannya,” beritahu Parambir Singh, pesuruhjaya polis di pinggir bandar Mumbai Thane, kepada AFP, menambah tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis. –AFP