Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Polis Indonesia bunuh suspek militan

    JAKARTA, INDONESIA, 11 MAC – Ahli-ahli skuad polis mencegah keganasan Indonesia telah menembak dan membunuh seorang doktor yang menentang tangkapan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jemaah Islamiyah, yang dipersalahkan bagi rangkaian pengeboman lampau, polis berkata hari ini.

    Lelaki itu, yang dikenal pasti dengan nama Sunardi, 53, cuba merempuh pegawai-pegawai yang menyekat trak pikapnya pada Rabu di sebatang jalan di Tengah Jawa, daerah Suhoharjo, menyebabkan dua pegawai melompat ke dalam ruang kargo trak itu, kata jurucakap polis kebangsaan, Ahmad Ramadhan.

    Suspek tidak mengendahkan amaran polis supaya menghentikan trak dan terus memecut laju secara membelok dalam percubaan untuk menjatuhkan dua pegawai dari trak. Dia

    melanggar sebuah kenderaan berdekatan dan polis melepaskan tembakan terhadapnya, Ramadhan berkata.

    “Apa yang pegawai-pegawai kami lakukan adalah mengikut prosedur dan langkah-langkah,” Ramadhan berkata. “Suspek menyebabkan situasi yang mengancam nyawa pegawai-pegawai dan orang awam”. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...