Polis Indonesia tahan 45 militan

JAKARTA, 18 NOV – Pihak berkuasa Indonesia menahan 45 suspek disyaki militan selepas insiden serangan nekad dikaitkan dengan kumpulan IS yang menyerang sebuah balai polis hingga mencederakan enam lain di Medan, Indonesia minggu lalu.

Menurut polis, mereka diberkas sejak insiden pengeboman di Medan, pulau Sumatera pada Rabu lalu yang mana dua pembuat bom berjaya ditembak mati.

Antara yang ditahan termasuk isteri kepada penyerang terbabit dan mentor mereka yang dikatakan mempunyai peranan dalam serangan itu serta ada kaitan dengan Jamaah Ansharut Daulah (JAD). “Suami isteri adalah anggota rangkaian JAD. “Mereka juga menghadiri latihan kem tentera selain diajar bagaimana membeli senapang dan senjata tajam,” katanya.

Prasetyo berkata, serangan di balai polis itu dilakukan sebagai balas dendam selepas anggota kumpulan militan ditahan oleh pasukan antipengganas Densus 88. – AFP

Skuad penghapusan bom meledakkan sebutir bom yang dirampas susulan satu serangan di Deli, Serdang, Sumatera Utara, 18 November. Berpuluh-puluh disyaki militan ditangkap selepas satu serangan bom nekad dikaitkan dengan IS ke atas sebuah balai polis hujung minggu lalu. – AFP