Polis Israel tahan 50 penunjuk perasaan

TEL AVIV, 15 JULAI – Polis Israel menahan 50 penunjuk perasaan antikerajaan di Baitulmaqdis kerana melanggar peraturan ketenteraman awam dan menyebabkan kerosakan harta benda, lapor agensi berita Sputnik, memetik polis hari ini.

Menurut kenyataan, tunjuk perasaan itu berlaku kelmarin berhampiran kediaman Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Media melaporkan tunjuk perasaan itu bertukar menjadi ganas dan mengakibatkan pertembungan dengan anggota polis.

“Semasa rusuhan itu, 50 suspek mengganggu ketenteraman awam, menyebabkan kerosakan harta benda dan menyerang anggota polis, wakil media turut ditahan,” kata polis. – Bernama