Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Polis Israel tembak mati lelaki Palestin

    BAITULMAQDIS, 15 OGOS – Seorang lelaki Palestin maut ditembak oleh polis Israel di bandar Kafr Aqab di utara Baitulmaqdis, lapor agensi Anadolu.

    Menurut Pejabat Gabenor Baitulmaqdis dalam satu kenyataan, mangsa dikenali sebagai Mohammad al-Hasham.

    Polis Israel melancarkan satu operasi mengesan di bandar Kafr Awab dan menyerbu sebuah rumah kerana penghuninya disyaki memiliki senjata. Pegawai polis juga mendakwa Hasham memegang sebilah pisau dan cuba untuk menikam anggota polis. Tindakan Hasham menyebabkan polis Israel melepaskan tembakan.

    Ayah kepada mangsa, Ibrahim al-Shaham, memberitahu wartawan bahawa polis Israel masuk ke rumah mereka secara paksa. Al-Shaham juga menjelaskan anaknya yang berusia 21 tahun ditembak pada jarak dekat di bahagian kepala.

    Beliau menafikan bahawa anaknya cuba untuk menikam polis dan berkata pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata dalam rumah mereka. – AP/ Bernama

    Sukarelawan bersama pasukan penyelamat Zaka ketika membersihkan darah dalam serangan tembakan di Bandar Lama Baitulmaqdis. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...