Polis Jerman temui 31 migran

BERLIN, 15 JULAI – Agensi berita Jerman, DPA mengatakan pihak polis dan pegawai kastam telah menemui kira-kira 31 migran yang bersembunyi dalam sebuah trak sejuk berhampiran sempadan Republik Czech.

Trak tersebut dihentikan kelmarin di lebuh raya A 17 yang menuju dari sempadan ke bandar Dresden di Timur Jerman. Ia mempunyai plat pendaftaran Turki dan juga membawa buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pihak polis tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai keadaan dan kewarganegaraan pendatang.

Berpuluh-puluh migran di dalam trak telah mati kesejukan beberapa tahun kebelakangan ketika cuba memasuki Kesatuan Eropah. – AP