Thursday, June 8, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Polis kawal bandar utama China

    SHANGHAI, 29 NOV – Perkhidmatan keselamatan dikerahkan mengawal bandar-bandar utama China hari ini, yang pada ketika ini telah pun reda daripada bantahan menuntut perintah berkurung COVID ditamatkan di China.

    Kepimpinan negara itu berdepan bantahan pada hujung minggu yang tidak pernah dilihat dalam masa beberapa dekad atas kemarahan kerana perintah berkurung tidak berkesudahan, menyemarakkan kekecewaan yang berakar umbi dengan sistem politiknya.

    Satu kebakaran membawa maut di Urumqi, ibu kota wilayah barat daya Xinjiang, membawa kepada puncak kemarahan, dengan pembantah kemudiannya berarak di jalan-jalan di bandar-bandar seluruh China.

    Pembantah mengatakan sekatan COVID perlu dipersalahkan kerana menghambat usaha menyelamat, dakwaan yang dinafikan oleh kerajaan, sebaliknya menuduh ‘kuasa yang punya motif tersembunyi’ mengaitkan kebakaran itu dengan kawalan ketat COVID.

    Menjelang malam hari ini, beratus-ratus polis yang dikerahkan sudah pun berundur dari jalan-jalan di Shanghai, di mana bantahan pada hujung minggu berleluasa.

    Di Beijing, wartawan AFP melihat beberapa kenderaan polis dan kenderaan biasa yang membawa polis namun tiada tanda-tanda pembantah berhampiran simpang di Asian Games Village, di mana bantahan dirancang diadakan pada malam ini.

    Sebahagian kawasan menyaksikan berlaku bantahan namun jumlah kehadiran adalah rendah. – AFP

    Polis China semasa berkawal di Sungai Liangma, kawasan bantahan di Beijing sehari sebelumnya, 29 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -