Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Polis kemas kini angka kematian letupan masjid kepada 84 orang

    PESHAWAR, PAKISTAN, 2 FEB – Angka kematian akibat letupan di masjid Pakistan yang menyasarkan pegawai polis telah dikemas kini kepada 84, kata pegawai polis hari ini.

    Angka kematian sebelum ini adalah 101, dalam serangan berani mati di ibu pejabat polis di Peshawar Isnin lalu.

    “Kekeliruan timbul dan statistik salah kerana pendaftaran berganda oleh keluarga di hospital,” kata ketua polis bandar Peshawar, Muhammad Ijaz Khan kepada AFP.

    “Sekarang kerja-kerja menyelamat telah selesai, kami melengkapkan statistik, mengikut senarai 84 orang yang terkorban,” jelasnya.

    Beliau berkata 83 adalah anggota polis, manakala seorang wanita awam yang tinggal dan bekerja di perkarangan masjid itu.

    Moazzam Jah Ansari, ketua pasukan polis wilayah Khyber Pakhtunkhwa, mengesahkan angka kematian baharu kepada pemberita.

    Beberapa anggota polis masih dalam keadaan kritikal di hospital. – AFP

    Anggota polis berkumpul di atas runtuhan masjid yang rosak berikutan letupan berani mati 30 Januari di dalam ibu pejabat polis di Peshawar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...