Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Polis Laos rampas 36.5 juta tablet methamphetamine

    BANGKOK, 30 JAN – Polis Laos kelmarin berjaya membuat rampasan methamphetamine kedua terbesar dalam tempoh tiga bulan, satu perkembangan yang menurut pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) terhadap perdagangan dadah haram mencerminkan kelumpuhan keselamatan di Asia Tenggara.

    Jeremy Douglas, wakil pejabat PBB serantau mengenai dadah dan jenayah, berkata rampasan 36.5 juta tablet methamphetamine di wilayah barat laut Bokeo adalah yang kedua terbesar di rantau itu selepas rampasan 55.6 juta pil methamphetamine pada Oktober di wilayah yang sama.

    Dia memberi amaran bahawa kawasan Sungai Mekong, tempat rampasan dibuat, menyaksikan peningkatan penghasilan dadah dan pengedaran yang memerlukan usaha kuat untuk mengawalnya.

    “Jenayah terancang menganggap Sungai Mekong sebagai kawasan permainan, ia mempunyai segala elemen yang mereka cari,” katanya.

    Lao Security Radio, penyiar negara, berkata dalam laman webnya bahawa empat penduduk wilayah telah ditahan pada Rabu di daerah Huay Xai dalam serbuan yang turut merampas 590 kilogram methamphetamine, heroin dan sepucuk pistol.

    Sempadan Bokeo berhampiran Myanmar dan Thailand, kawasan yang dikenali sebagai Golden Triangle adalah terkenal dengan penghasilan dadah terlarang. Heroin dan candu kebanyakannya dihasilkan di Myanmar, terutama di negeri Shan.- AP

    Gambar fail bertarikh 15 Julai 2019 menunjukkan wartawan menyaksikan bungkusan methamphetamine yang ditayangkan semasa sidang media. Polis Laos berjaya merampas 36.5 juta tablet methamphetamine di wilayah barat laut Bokeo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...