Polis Marin Labuan rampas 1,170 liter petrol

LABUAN, 14 JULAI – Polis Marin Labuan merampas 1, 170 liter petrol bersubsidi bernilai RM2,433 yang disimpan dalam 48 tangki selepas pemeriksaan terhadap lori yang dalam keadaan mencurigakan di Jalan Ranca-Ranca di sini.

Rampasan itu dilakukan menerusi Op Landai pada 10:15 pagi kelmarin.

Komander Polis Marin Sabah Wilayah 4 Sabah, Penolong Pesuruhjaya Mohd Pajeri Ali berkata petrol bersubsidi itu dipercayai untuk memanipulasi pasaran tempatan atau untuk diseludup ke negara jiran

“Usaha untuk mengekang perbuatan menyeludup minyak petrol bersubsidi sentiasa dijalankan dan orang ramai diharap sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras perbuatan haram itu,” katanya. – Bernama