Polis maut ditembak penyerang motosikal

KAHERAH, 4 Jan – Penyerang motosikal menembak seorang anggota polis Mesir dan mencederakan yang lain di selatan Kaherah, kata sumber keselamatan.

Serangan itu berlaku semalam di Abshway, sebuah bandar di kawasan pemerintahan Faiyum, kira-kira 120 kilometer (75 batu) dari ibu negara.

“Lelaki bersenjata itu menunggang motosikal sambil melepaskan tembakan ke atas kenderaan yang membawa Major Mahmud Abdel Alim, ketua detektif polis di Abshway dan detektif yang mengiringi beliau,” satu sumber keselamatan memberitahu kepada AFP.

Detektif, Yehia Abdel Satar, meninggal dunia kemudian selepas mengalami dua tembakan di dadanya, kata sumber lain.

Major Abdel Alim telah dipindahkan ke hospital polis di Kaherah di mana beliau berada dalam keadaan kritikal.

Tiada sebarang tuntutan yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Serangan ke atas pasukan keselamatan telah meningkat sejak tentera julai 2013 menyingkirkan bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi, yang berasal dari kumpulan Ikhwan Muslim, dan tindakan keras ke atas kumpulan IS.

Penganalisis memberi amaran bahawa IS bergabung dengan Ikhwan, walaupun tidak di bawah kawalan mereka, tetapi ia akan meningkatkan lagi keganasan dalam menghadapi tindakan keras itu. – AFP