Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Polis Mexico temui 45 beg berisi mayat

    MEXICO CITY, 1 JUN – Sebanyak 45 lima beg berisi keratan anggota badan manusia ditemukan di pinggir bandar raya Mexico Guadalajara semasa gerakan mencari tujuh pemuda yang hilang, kata pendakwa raya kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Pejabat pendakwa negeri Jalisco berkata pegawai sedang menyiasat kehilangan tujuh pekerja pusat panggilan dari dua ladang di kawasan Zapopan, apabila mereka menemukan beg pertama yang mengandungi keratan anggota badan manusia, pada Selasa.

    Mangsa terdiri lelaki dan wanita dan beg yang berisi keratan anggota badan mereka dibuang ke dalam gaung sedalam 40 meter. – Bernama

    Pakar forensik bekerja dengan beberapa beg jenazah manusia yang diekstrak dari dasar jurang oleh helikopter, yang ditinggalkan di komuniti Mirador Escondido di Zapopan, negeri Jalisco, Mexico, 31 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...