Polis minta bantuan saksi kes langgar lari

MIRI, 2 Jan – Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kes kemalangan langgar lari melibatkan seorang warga emas di sini semalam untuk tampil memberi maklumat.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata mangsa ialah Blikau Buda, 78, berbangsa Iban dan berasal dari Rumah Min Bukit Song, Batu 17, Jalan Miri-Bintulu Bakong, Baram.

“Kemalangan berlaku pada pukul 5:50 petang di Jalan Miri-Bintulu Jalan Lama, Bukit Song ketika mangsa sedang berjalan kaki dan dilanggar sebuah pacuan empat roda.

“Mangsa pecah tempurung kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Miri,” katanya. – Bernama