Polis Montenegro rampas lebih satu tan kokain

PODGORICA, MONTENEGRO, 27 OGOS – Polis Montenegro berkata bahawa mereka berjaya merampas lebih daripada satu tan kokain yang disembunyikan dalam sebuah kontena penghantaran pisang.

Rampasan tersebut adalah yang terbesar dalam sejarah Montenegro, kata polis hari ini d Twitter.

Pegawai menemui kokain tersebut, yang dibahagikan kepada 1,250 bungkusan, semalam di Mojanovici, sebuah kampung berhampiran ibu kota, kata polis dalam kenyataannya.

Media di Montenegro melaporkan pihak polis membuat sekatan sebahagian besar kawasan semasa o-perasi mencari. Polis berkata dua orang telah ditangkap namun tidak mem-berikan keterangan mengenainya.

Rampasan itu menunjukkan ‘kekuasaan dan keazaman’ dalam memerangi jenayah terancang dan kebolehpercayaan Montenegro sebagai rakan antarabangsa, kata polis.

Negara kecil di Laut Adriatik yang berjumlah 620,000 orang penduduk itu perlu menangani jenayah terancang dan rasuah untuk terus maju dalam usahanya untuk menyertai Kesatuan Eropah. Montenegro sudah menjadi anggota NATO. – AP