Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Moscow lakukan pemeriksaan

    MOSCOW, 20 MAC – Polis trafik Moscow menjalankan pemeriksaan ke atas teksi-teksi di bandar untuk memastikan pemandu memakai penutup mulut dan sentiasa membasmi kuman kenderaan mereka.

    Pemeriksaan yang dibuat dari kelmarin, memfokuskan pemandu yang berada di stesen kereta api dan lapangan terbang, jurucakap polis trafik bandar, kata Olga Dygalo.

    Polis trafik melakukan pemeriksaan bersama pegawai pemerhati kesihatan negara, yang mana memberikan peraturan kepada pemandu.

    Rusia merekodkan 199 kes koronavirus, menurut angka rasmi dikeluarkan kelmarin.
    Pegawai kesihatan Moscow kelmarin melaporkan kematian pertama pesakit COVID-19, tetapi berkata wanita berusia 79 tahun tersebut meninggal disebabkan oleh pneumonia, kemudian menukar sebab kematian disebabkan oleh saluran darah tersumbat.

    Di bawah peraturan baharu, pemandu dimestikan menukar penutup mulut setiap tiga jam dan menggunakan produk sanitiser untuk membersihkan tangan mereka dan membasmi kuman kenderaan mereka dua kali sehari, memfokuskan kepada tali pinggang keselamatan, pemegang pintu dan stereng kereta.

    Mereka juga dimestikan untuk mengudarakan kereta mereka dengan kerap. – AFP

    Pemandu teksi di bandar Rusia dimestikan menukar penutup mulut setiap tiga jam dan menggunakan produk sanitiser untuk membersihkan tangan mereka dan membasmi kuman kenderaan mereka dua kali sehari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda