Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Polis mula operasi usir penunjuk perasaan

    OTTAWA, 18 FEB – Polis Kanada semalam mula melancarkan operasi besar-besaran untuk mengusir pemandu trak yang membantah peraturan kesihatan COVID-19 yang telah berhimpun di ibu negara selama tiga minggu, dengan beberapa tangkapan dilakukan.

    Ratusan pegawai polis bersenjata berkumpul pada awal pagi di pusat bandar untuk memulakan proses pengusiran yang dijangka mengambil masa beberapa hari.

    Semalam, dua pemimpin bantahan ditahan dan didakwa menghasut orang lain melanggar undang-undang.

    “Beberapa pembantah yang menyerah diri juga telah ditahan,” kata polis Ottawa.

    Mereka mengingatkan pembantah bahawa ‘awda akan berdepan hukuman berat sekiranya awda tidak menghentikan aktiviti yang menyalahi undang-undang dan mengalihkan kenderaan dari bandar dengan serta-merta.’

    Sementara itu, penggubal undang-undang membatalkan sesi parlimen hari ini, dengan Speaker Dewan Anthony Rota memetik ‘keadaan luar biasa’ dan situasi ‘sentiasa berubah’ di jalan raya di luar kawasan demokrasi Kanada.

    Pekerja kerajaan dan ahli parlimen diminta supaya menjauhi tempat itu, sementara sesiapa yang telah pun berada di kawasan parlimen – di mana pemandu trak berhimpun – digesa supaya tinggal dalam bangunan.

    Semalam, polis memberikan pembantah amaran terakhir untuk meninggalkan bandar, ketika pengadang didirikan untuk menyekat akses ke zon bantahan pusat bandar Ottawa. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...