Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Polis nafi kes culik jual organ di hospital Johor

JOHOR BAHRU, 5 OKT – Polis Johor hari ini menafikan berlakunya kes penculikan bagi mengambil organ untuk dijual kepada hospital di negeri ini sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan pihaknya juga mendapati tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan insiden jenayah sepertimana yang didakwa seorang individu di media sosial.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata dakwaan tersebut dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

Sebelum ini, tular video berdurasi tujuh saat di media sosial yang mendakwa terdapat penculikan melibatkan pengambilan organ manusia. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -